Slipknot adalah sebuah band beraliran Nu Metal dari Des Moines, Iowa yang dibentuk pada tahun 1995, Band ini telah beberapa kali menukar anggotanya dan mempunyai ahli tetap sejak 1999 iaitu: Sid Wilson, Joey Jordison, Paul Gray, Chris Fehn, James Root, Craig Jones , Shawn “Clown” Crahan, Mick Thomson, dan Corey Taylor. Sampai sekarang Slipknot Telah mengeluarkan 4 Album, Band ini juga pernah mendapatkan Grammy Awards untuk kategori Best Metal Performance untuk lagu “Before I forget” pada tahun 2006, album ke 5 mereka yang bertajuk “All Hope Is Gone” yang dikeluarkan pada 26 Ogos 2008.
Memang band ni akan menampilkan diri mereka dalam pakaian seram atau hantu. Boleh tahan la seramnya. macam hantu dalam 13 ghost je semua. Tapi jangan tak tahu sebenarnya di sebalik topeng yang menjelikkan dan menyakitkan hati itu, terdapat wajah-wajah kacak dan sweet yang mampu menghancurkan keganasan mereka selama ini..wahahah! Maka dengan itu sudah menjadi tabiat aku dari kecik membocorkan rahsia wajah mereka ini. Sila layankan gambar di bawah untuk melihat wajah sebenar mereka.
Sorry Slipknot. I love you guys but since they put your song to collaborate with Justin Bieber, they totally ruined it.
Oh ya, pernah kah anda melihat video lagu Slipknot digabungkan dengan lagu Justin Bieber? Memang satu kejadian yang dasyat apabila itu berlaku. Tapi sebenarnye boleh layan jugak sebab gabungannya sesuai. xD Oh janganlah menyaman aku kerana ini..



























































