Ad 240x90

PILIHAN TERTINGGI



Ulama Indonesia Gesa Umat Islam Waspada Ajaran Syiah

JAKARTA: Ulama dari beberapa organisasi Islam di Jawa Barat yang bergabung dengan Forum Ulama dan Ummah Indonesia (FUUI) menyeru orang ramai supaya berhati-hati dengan ajaran Syiah yang didakwa bidaah dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Ketua FUUI, Athian Ali, mewakili 200 ulama daripada organisasi seperti Nahdlatul Ulama (NU), Muhammadiyah, Hidayatullah, Al-Irsyad and Persatuan Umat Islam Indonesia (PUI), berbincang mengenai isu itu minggu lalu dalam satu majlis di Bandung yang dihadiri oleh Gabenor Jawa Barat, Ahmad Heryawan.

“Terdapat sekurang-kurangnya tiga ajaran salah di bawa Syiah. Yang pertama, Syiah mengatakan Al Quran telah tercemar, kedua, ia mempercayai hanya ulama Syiah mempunyai kuasa mutlak untuk mentafsir hadis,” katanya.

Katanya, “Yang ketiga, perkahwinan kontrak dibenarkan dan boleh dilakukan selama dua jam, 10 hari atau 10 tahun, yang menurut kami adalah seperti pelacuran yang dihalalkan. Perkara seperti ini keluar daripada landasan dan menyebabkan nama buruk kepada agama Islam.”

 Athian menggesa kerajaan menutup semua program “Sudut Iran” yang ditubuhkan oleh diplomat Iran di beberapa buah universiti di Indonesia.
 Mereka mendakwa kehadiran Sudut Iran adalah sebahagian daripada kempen mempromosikan Syiah melalui program pendidikan. – Jakarta Post
Hmetro

Apa komen anda? [Facebook Comments]

Leave a comment

Switch to our mobile site