AZIZ (lima dari kanan) bersalaman dengan Zamzamzairani ketika bergambar bersama eksekutif Utusan Malaysia, Kosmo! dan pegawai kanan TM selepas majlis makan tengah hari di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Telekom Malaysia Berhad (TM) optimis dengan bisnes perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi UniFi yang ditawarkannya dan menyasarkan sebanyak 1.1 juta premis sedia dipasang di seluruh negara dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutif TM, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd. Isa berkata, perkhidmatan UniFi yang bermula pada Mac tahun lepas kini sudah mencecah kira-kira 200,000 pelanggan.
“TM menyasarkan menerima 300,000 pendaftaran baru menjelang akhir tahun ini,” ujarnya pada majlis makan tengah hari bersama Kumpulan Utusan di sini semalam.
SUMBER : KOSMO


























