Ad 240x90

PILIHAN TERTINGGI



“Tiada niat aibkan Neelofa” – Anzalna

Berikut adalah kenyataan dari Anzalna berikutan kenyataannya terhadap Neelofa sebelum ini:

“Saya berharap kepada sesiapa yang membaca penjelasan saya di dalam artikel berkenaan dapat membaca tujuan sebenar saya berbuat demikian.

“Niat saya bukan untuk mencari publisiti murahan kerana bagi saya apa yang sudah berlalu biarlah berlalu. Tetapi selepas melihat sendiri kejadian itu berlaku, saya tidak mahu perkara seumpama ini berterusan dan rasanya saya tidak boleh terus berdiam diri.

“Bagi saya Neelofa jauh lebih popular daripada saya dan bukan kerana dengki atau mahu mencetuskan kontroversi. Kerana sehingga kini,saya masih mendengar perkara yang kurang enak mengenai diri saya.

“Lagipun bukan saya saja yang terkena dan juga bukan hanya Tasha Shilla sahaja, tetapi ada pihak lain juga mengadu perkara yang sama. Tetapi cukuplah saya saja yang menjelaskan situasi saya dan Neelofa,” ujar Anzalna yang tidak mahu memanjangkan perkara berkenaan.

 

Sebagai sesama artis, tak elok gaduh-gaduh. Hidup ni maha adil. Rezeki masing-masing Allah dah tetapkan jadi tak perlu kecoh-kecoh sangat.

 

sumber – 2dayblogger

Apa komen anda? [Facebook Comments]

Leave a comment

Switch to our mobile site