Ad 240x90

PILIHAN TERTINGGI



Teheran Kritik Google Hapus Nama Teluk Parsi dalam peta

TEHERAN: Iran semalam mengkritik Google kerana membiarkan perairan yang memisahkan Semenanjung Arab tanpa nama dalam perkhidmatan peta dalam taliannya.

Timbalan Menteri Kebudayaan dan Bimbingan Islam, Bahman Dorri, berkata tindakan itu menjejaskan kredibiliti syarikat berkenaan.
“Google menyebar penipuan dan ia tidak memberi sebarang kesan kecuali penggunanya hilang kepercayaan terhadap maklumat disediakan syarikat itu,” katanya.

Iran bertegas menamakan perairan itu sebagai Teluk Parsi, manakala negara Arab menggunakan istilah Teluk Arab atau Teluk saja.
Menurut Teheran, sejarah menunjukkan perairan itu sentiasa dinamakan Parsi dan teluk itu sebahagian daripada identiti kedaulatan wilayah Iran. – AFP

Hmetro

Apa komen anda? [Facebook Comments]

Leave a comment

Switch to our mobile site