TEHERAN: Iran semalam berkata, ia akan menyaman Google kerana menggugurkan nama Teluk Parsi daripada Peta Google.
Ancaman itu dibuat selepas enjin pencarian Internet itu membiarkan perairan antara Iran dan Semenanjung Arab tanpa nama pada perkhidmatan peta dalam taliannya
Rakyat Iran amat sensitif mengenai nama perairan itu yang mengikut sejarah dan di peringkat antarabangsa sudah dikenali sebagai Teluk Parsi. – AFP


























