Ad 240x90

PILIHAN TERTINGGI



Satu doktor untuk 400 pesakit pada 2020

KLUANG: Malaysia dijangka mampu mencapai nisbah seorang doktor bagi setiap 400 rakyat menjelang 2020, mengatasi sasaran ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menerusi keupayaan melahirkan 3,500 graduan perubatan setiap tahun.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata ketika ini nisbah berkenaan berada pada kadar seorang doktor bagi setiap 800 penduduk (1:800) berbanding sasaran WHO iaitu 1:600.

Katanya, nisbah 1:600 ditetapkan WHO berdasarkan jumlah penduduk, keadaan sosioekonomi, geografik, demografik serta teknologi perubatan negara ini.

Keyakinan itu berdasarkan kemampuan kita melahirkan sehingga 3,500 graduan perubatan setiap tahun secara konsisten, sekali gus mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan setaraf negara maju. – Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan

“Kementerian Kesihatan menyasarkan untuk mencapai kadar seorang doktor bagi setiap 400 penduduk negara ini (1:400) menjelang 2020, sekali gus mengatasi sasaran WHO.

“Walaupun nisbah semasa menunjukkan kadar 1:800 atau 60 peratus daripada nisbah doktor yang ideal, kementerian yakin mampu mencatatkan nisbah disarankan WHO iaitu 1:600 menjelang 2015 dan menurunkannya kepada 1:400 menjelang 2020.

“Keyakinan itu berdasarkan kemampuan negara kita melahirkan sehingga 3,500 graduan perubatan setahun secara konsisten, sekali gus mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan Malaysia setaraf negara maju,” katanya selepas melawat Hospital Kluang, di sini, semalam.

Tiong Lai berkata, kementerian akan menambah 25 doktor termasuk pakar serta 150 kakitangan hospital, termasuk jururawat di Hospital Kluang bagi menampung kapasiti hospital itu sebagai hospital pakar.
“Saya akan bertemu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam masa terdekat bagi menyegerakan kelulusan 25 doktor, termasuk pakar berkenaan supaya hospital ini mampu memberi perkhidmatan kesihatan terbaik dan bermutu kepada penduduk.

“Kementerian turut membekalkan kelengkapan pengimbas CT Scan bernilai RM5 juta bagi membolehkan Hospital Kluang menawarkan perkhidmatan kesihatan bertaraf tinggi,” katanya.

www.bharian.com.my

Apa komen anda? [Facebook Comments]

Leave a comment

Switch to our mobile site