2 Jan - Lepas satu – satu gosip percintaan pelakon jelita, Rozita Che Wan, 38 , bersama selebriti lelaki sering diperkatakan oleh orang ramai, terbaru, janda beranak dua ini mengakui keluar bersama pelakon Zain Saidin di Genting Highlands, Pahang, Selasa lalu.
Seperti yang dilaporkan oleh mStar Online, percutian Rozita dan Zain telah dapat dihidu kerana beberapa orang peminat dan juga pekerja di pusat peranginan itu telah menghubungi dan memaklumkan perkara tersebut kepada pihak mStar Online.
Rozita memberitahu bahawa percutian itu turut disertai oleh anak-anaknya Ammar Effendy, 15, dan Aniq Ezzra, 12, yang sekarang ini sedang bercuti penggal persekolahan.
Rozita juga turut menafikan hubungan cintanya bersama Zain dengan memberi alasan bahawa anak-anaknya begitu rapat dengan pelakon tersebut maka tidak salah untuk dirinya mengajak Zain bersama. Pelakon “Kiah Pekasam” itu juga memberitahu sebagai bukti anak-anaknya rapat dengan Zain, pada malam semalam (Khamis) anak-anaknya turut keluar bersama Zain untuk bermain futsal.
Sementara itu, Zain yang merupakan adik kepada penyanyi Sasha Saidin, tidak mahu memberi sebarang komen tentang percutiannya bersama Rozita Che Wan.
Sumber : my.news.yahoo.com


























