Ad 240x90

PILIHAN TERTINGGI



Rekod Baharu Tandas Paling Laju

SYDNEY – Rekod baharu tandas bermotor paling laju di dunia berjaya dicipta di sini semalam.

Ia dicipta selepas seorang pelagak ngeri dari Kanada, Jolene Van Vugt ‘menunggang’ sebuah tandas yang dilengkapi empat roda pada kelajuan 75 kilometer sejam (km/j).

“Ia amat menyeronokkan dan saya teruja dapat mencatat rekod baharu ini,” tambahnya.

Van Vugt turut memegang beberapa rekod dunia lain termasuk menjadi wanita pertama yang melakukan aksi balik kuang sambil menunggang motosikal.

Dia mengatasi rekod tandas paling laju yang dibuat oleh Edd China di London pada tahun lalu.

China menunggang sebuah motosikal yang membawa tandas pada kelajuan 68km/j. – REUTERS

kosmo

Apa komen anda? [Facebook Comments]

Leave a comment

Switch to our mobile site