Ad 240x90

PILIHAN TERTINGGI



Raja Azmi & Jailani Sidek Cerai Talak Satu

 

KUALA LUMPUR: Bekas jaguh badminton negara, Jailani Sidek,48, bercerai talak satu dengan isterinya, produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman,53, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, petang Rabu.

Lafaz cerai itu dibuat di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin kira-kira pukul 3.25 petang.

Antara alasan perceraian mereka ialah tidak lagi wujud kasih sayang selain berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan.

Pasangan tersebut turut ditemani anak kedua mereka iaitu Puteri Suaida,23.

Berita penuh akan dilaporkan kemudian oleh wartawan mStar Online iaitu Wahiduzzamanyang berada di lokasi.

 

via mstar

Apa komen anda? [Facebook Comments]

Leave a comment

Switch to our mobile site