Gambar bayi yang dipost oleh ibunya dengan caption ” Kepada sesiapa yg ingin membeli baby gurl, sila hubungi 012xxxxxxx sebelum dibuang ke tong sampah! ” , menimbulkan kekecohan di laman muka buku dan ramai orang yang memaki hamun wanita/ibu bayi tersebut.
Orang yang tidak mengetahui kisah yang sebenar mengapa ibu bayi tersebut berbuat begitu memang senang menuding jari dan menghukum. Si bayi tersebut sebenarnya terkena sawan nangis dan penawarnya adalah dengan menjual bayi tersebut ( secara olok-olok ) dengan harga di bawah RM1. Rujuk gambar di bawah.



Isu membuang bayi sebenarnya tidak timbul, tetapi tidakan ibu bayi tersebut adalah tidak patut. Mybe dia hanya ingin bergurau, namun dalam keadaan alam maya yang canggih seperti sekarang macam-macam boleh berlaku. Biarpun ada orang yang menerangkan keadaan yang sebenar, tapi masih ada orang yang salah faham dan gambar ini terus menular satu malaya sehingga hari ini.
Moralnya, sebelum membuat sesuatu tindakan kita perlu berfikir dan beringat. Kita sebagai manusia sememangnya tidak lari daripada membuat kesilapan tapi itu bukan alasan untuk kita melakukan kesilapan.
sumber – 2dayblogger

























