Ad 240x90

PILIHAN TERTINGGI



Pedangdut Ada Maruah : Aida

JAKARTA: Tanggapan negatif terus mencemari imej penyanyi dangdut Indonesia. Ini kerana ramai penyanyi genre itu yang gemar mempamer aksi tarian keterlaluan, malah mereka juga tidak menolak jika diajak untuk melakukan lebih daripada itu.

Penyanyi dangdut, Aida Saskia mempunyai pendapat berbeza mengenai hal itu. Menurutnya, memang ramai penyanyi dangdut yang boleh diajak ke kamar tidur tetapi tidak semuanya berkelakuan seperti itu. “Memang ada penyanyi dangdut yang bersikap seperti perempuan murahan. Namun, tidak semua berkelakuan sedemikian. Ramai juga yang tahu menjaga maruah diri dan etika,” katanya. Menurutnya, ada juga peminat yang berkelakuan kurang menyenangkan dan keterlaluan. Aida mengakui dia sendiri pernah mengalami pengalaman seumpamanya.
Katanya, ketika dia masih di bangku sekolah menengah, ada seorang peminat lelaki yang bersikap liar cuba menyelitkan sejumlah wang ke payudaranya.

 

“Saya pernah mengalami pengalaman berdepan dengan peminat yang tidak sopan. Tangannya mahu menyelitkan wang ke dada saya. Bagaimanapun, saya sempat menendangnya hingga dia terjatuh,” kata Aida. Bukan itu saja, Aida juga pernah dicium peminat di pipinya hingga membuatkan dia terkejut lalu menangis kerana berasa harga dirinya diperlekehkan.
“Ada peminat yang bertindak biadab kerana secara tiba-tiba dia mencium pipi saya. Sedangkan ketika itu saya masih remaja dan bersekolah. Saya menangis dan serik tidak mahu menyanyi lagi,” kata penyanyi berasal dari Bogor itu. – DH

Hmetro

Apa komen anda? [Facebook Comments]

Leave a comment

Switch to our mobile site