Ad 240x90

PILIHAN TERTINGGI



Obama Sokong Kahwin Sejenis

WASHINGTON: Barack Obama menjadi Presiden Amerika Syarikat pertama yang menyuarakan sokongan terbuka terhadap perkahwinan sejenis.

Obama menyuarakan sokongan itu ketika perdebatan politik pra-pilihan raya.

Pemimpin Amerika Syarikat itu sebelum ini menyokong perlindungan terhadap pasangan gay dan lesbian tetapi tidak perkahwinan mereka.

“Secara peribadi, adalah penting bagi saya untuk menegaskan bahawa saya berpendapat pasangan kekasih sejenis boleh dibenarkan untuk berkahwin,” katanya pada wawancara dengan stesen televisyen ABC, semalam.

Presiden itu bagaimanapun berkata, keputusan untuk membolehkan pasangan gay berkahwin seharusnya diserahkan kepada pihak berkuasa negeri. – Agensi

Hmetro

Apa komen anda? [Facebook Comments]

Leave a comment

Switch to our mobile site