Minyak Badan Kita?
Muka berminyak? Rambut berminyak? Kalau itu, sudah tentu akan membuatkan anda rimas dan tidak selesa. Tapi terdapat satu-satunya minyak yang paling digemari iaitu MINYAK WANGI.
Tapi kenapa minyak wangi sering dikaitkan dengan wanita? Boleh dikatakan hampir setiap wanita di dunia ini memakai minyak wangi. Tetapi terdapat wanita yang tidak menggemari minyak wangi, namun ini hanya sebahagian kecil kerana sudah menjadi lumrah dan fitrah bahawa wanita sememangnya tertarik dengan wangi-wangian serta kecantikan.
Tapi sekarang lelaki juga tidak asing dengan penggunaan minyak wangi. Terdapat banyak jenama minyak wangi yang terdapat di pasaran tidak kira untuk wanita mahupun lelaki.
Tapi tahukah anda bahawa minyak wangi juga mempunyai kategori?
1. Perfume(parfum)
Mempunyai kepekatan minyak wangi 20% – 50%. Bagi minyak wangi kategori ini, ketahanan bau nya amat tinggi dan sedah tentu mahal!
2. Eau de parfum
Kepekatan minyak wanginya kurang sedikit iaitu 15%. Wangian nya juga agak tahan lama seperti parfum dan harganya sedikit murah.
3. Eau de toilette
Baunya tidak lama kerana campuran minyak wangi adalah diantara julat 3%-8%. Ianya bertahan kira-kira 3-4 jam bergantung kepada kulit
4. Cologne
Bagi jenis ini, kepekatan minyak nya yang paling sedikit dan paling murah. Sesuai bagi yang kurang berminat kepada wangian.
Semburkan pada titik-titik nadi seperti pergelangan tangan, atas siku, belakang telinga dan belakang lutut. Pastikan jarak semburan adalah 20cm supaya serapan semburan berlaku dengan baik.
Jangan gosok pergelangan tangan selepas semburan kerana akan menyebabkan aroma tidak natural fungsinya.
Page 1 of 2 | Next page


