Ad 240x90

PILIHAN TERTINGGI



Malaysia,Antara Teknologi Dan Hiburan

Jika dibandingkan Teknologi malaysia dan penyediaan kerajaan kepada rakyatnya,korea jauh lebih baik dari malaysia,mungkin kita tak terkejar dengan kemajuan teknologi mereka disebabkan usaha kerajaan mereka yang bersungguh-sungguh untuk mendedahkan rakyat mereka kepada teknologi moden.
Di Korea,biarpun K-Pop menguasai ‘pentas’, tetapi dalam masa yang sama pembangunan IT dilihat rancak dan hebat. Bayangkan, jika anda masuk ke dalam perpustakaan mereka, tiada buku yang boleh dicari. Yang ada hanyalah KOMPUTER. Di sana internet adalah laju seperti bullet train dan ia PERCUMA. Di mana-mana sahaja ada WiFi untuk digunakan, walaupun anda sedang duduk di perhentian bas sekalipun.

Kelajuan internet di sana adalah 1GBps. Sudahlah begitu, percuma pula

Itu dari segi peranan kerajaan,dari segi kefahaman rakyat tentang it pula masih jauh lagi ketinggalan.
Contohnya fakta dibawah yang tak mampu kita nafikan:
1. Tahukah anda MAJORITI dari kita tidak tahu menggunakan komputer seperti sepatutnya? Ramai antara kita yang hanya tahu membukaMicrosoft Office, Internet Explorer dan sebagainya, tetapi sampai di situ sahajalah kemahiran kita.

2. Tahukah anda MAJORITI dari kita yang tidak tahu kewujudan PELAYAR WEB ALTERNATIF, seperti Firefox, Google Chrome, dan Opera? Apatah lagi yang bernama pelik seperti Luna Maya Lunascape!

3. Tahukah anda terlalu ramai yang tidak tahu apa itu Outlook Express? Kalau tidak tahu mengenainya, nak menggunakannya apatah lagi! Nampak remeh kan?

4. Masih ramai dari kita yang tidak tahu pun akan kewujudan sistem operasi alternatif selain Windows seperti Linux, Mac OS X dan lain-lain lagi!

5. Terlalu ramai yang hanya tahu muat turun perisian, memasangnya pada komputer, tetapi nak kekalkan prestasi komputer adalah jauh sekali. Desktop dibiarkan bersepah-sepah dengan pelbagai shortcut dan dokumen. Sedangkan sepatutnya Desktop dihias dengan kemas dan dokumen disusun dengan baik dalam folder khas seperti Videos, Music, Documents dan lain-lain.


Malaysia dilalaikan dengan Budaya Hiburan
Malaysia dipenuhi dengan pelbagai rancangan hiburan, dari sekecil-kecil umur, sehinggalah kepada setua-tuanya. Untuk kanak-kanak kita ada IDOLA KECIL, untuk remaja kita ada VOKAL BUKAN SEKADAR BENTUK TUBUH RUPA, dan untuk yang ‘veteran’ pula kita ada KILAUAN EMAS. Lengkap! Tahniah kepada para pencinta hiburan semua!! Hiburan untuk penghuni alam barzakh takde ke? Tak cukup dengan rancangan realiti tv, artis dari Youtube pun nak cipta nama juga!

Mana perginya pencinta ilmu? Ada. Juga ramai. Tetapi pendedahan dalam media adalah seperti habis di celah gigi. Rasanya ada nampaknya tiada. Sampai bila rakyat Malaysia harus begini??

baca lagi disini
Sumber : ijoks2009.blogspot.com

Apa komen anda? [Facebook Comments]

Leave a comment

Switch to our mobile site