Ad 240x90

PILIHAN TERTINGGI



KOSMO Perli Kekalahan Chong Wei

Saya tidak tahu bagaimana seorang editor dapat hati untuk memerli seorang atlet yang berjuang sekuatnya untuk mendapat satu-satu pingat dalam sukan Olimpik. Kita sepatutnya berfikir bagaimana dia akan berasa atas kekalahannya untuk mendapat pingat emas untuk Malaysia. Kita sekadar penonton dan penyokong Malaysia pun sangat sedih dengan kekalahan hanya 2 mata untuk pingat emas, fikirlah lah sendiri bagaimana rasanya untuk Dato’ Lee Chong Wei.

Akhbar Kosmo Perli Lee Chong Wei Kalah Final Badminton Olimpik 2012. Kosmo dengan tajuk Chong Wei Terlepas Habuan 4 Juta telah mengguris hatinya. Perjuangan beliau bertungkus lumus sepenuh hati semalam dilihat oleh akhbar tersebut sebagai “mengejar wang” dan bukan semangat kesukanan untuk membawa negara ke mata dunia.

Ramai dari kalangan pembaca dan pengguna laman sosial mengutuk keras tindakan editor akhbar berkenaan berkaitan artikel muka hadapan akhbar tersebut hari ini yang dilihat seakan akan memerli Datuk LCW yang tidak mendapat habuan besar apabila kembali ke tanah air. Mungkin selepas ini, ramai yang akan memboikot akhbar ini. Kita tunggu dan lihat.

via

Apa komen anda? [Facebook Comments]

1 Comment

  1. suka komen says:

    paper kosmo mmg mcm tu…bukan 1st time diorg perli bl atlet kalah…

Leave a comment

Switch to our mobile site