Ad 240x90

PILIHAN TERTINGGI



Kesatuan Eropah (EU) Kutuk Israel

BAITULMAQDIS: Kesatuan Eropah (EU) sekali lagi mengutuk rejim Zionis Israel atas dasar diskriminasi ke atas warga Palestin di wilayah didudukinya, semalam. Kelmarin, EU turut mengutuk Israel ekoran aktiviti mereka di kawasan penempatan haram berkenaan.

Melalui dokumen dikeluarkan semalam, EU mengutuk “rang undang-undang berpotensi untuk bersifat diskriminasi atau tidak demokratik” yang dibentang di Knesset (Parlimen Israel).
Kenyataan itu dibuat dalam dokumen tahunan berisi ringkasan situasi politik dan ekonomi di Israel sebagai sebahagian daripada penilaian EU atas kerjasama badan itu dengan negara lain, dikenali sebagai Polisi Kejiranan Eropah.

Menurut laporan berkenaan, tentera Israel baru-baru ini meningkatkan gangguan dalam keganasan penempatan penduduk Palestin, manakala laporan polis dibuat ke atas serangan itu ditutup tanpa sebarang tindakan.
“Kebebasan media, memberi pendapat dan hak berkumpul kekal menjadi masalah di wilayah diduduki Israel di Palestin pada 2011,” kata laporan itu.
Ekonomi dan hak sosial warga Palestin pula, kata laporan berkenaan, masih diganggu dengan sekatan pergerakan oleh Israel.

“Kemajuan penduduk minoriti Arab sangat terhad,” katanya.
Hak wanita di Israel pula didapati menjadi subjek yang makin diperdebatkan kesan sikap lebih agresif kumpulan pelampau ortodoks Israel.

Ketika ini, masih ada segelintir komuniti Arab terus menetap di Israel apabila mereka tidak meninggalkan wilayah itu walaupun selepas ia dijajah rejim Zionis dalam peristiwa dikenali sebagai Hari Nakba (malapetaka). – PT

Apa komen anda? [Facebook Comments]

Leave a comment

Switch to our mobile site