SEOUL: Korea Selatan meningkatkan pemeriksaan kastam dalam usaha menghentikan penyeludupan dari China pil yang diperbuat daripada janin manusia atau bayi yang mati, kata satu laporan, semalam.
Pengimportan secara haram “kapsul daging manusia” ke Korea Selatan yang dipercayai dapat meningkatkan tenaga batin, tetapi menyebabkan masalah kesihatan serius semakin bertambah sejak kes pertama dikesan Ogos tahun lalu. Setakat ini, kastam Korea Selatan telah mematahkan 35 percubaan untuk membawa masuk sebanyak 17,451 kapsul dalam bagasi pelancong atau melalui kiriman, kata agensi berita Yonhap. – AFP
Hmetro


























