anggota polis terbabit dalam rompakan akan dihadapkan ke mahkamah
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, sembilan anggota polis yang terbabit dalam kes jenayah rompak di Johor Bahru baru-baru ini akan dihadapkan ke muka pengadilan dan bakal berdepan tindakan selanjutnya.
Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan supaya anggota yang terbabit dalam jenayah itu dihadapkan ke mahkamah.
“Walaupun hanya segelintir yang terbabit dalam kegiatan jenayah, ia tetap menjejaskan imej PDRM sebagai pasukan yang menjaga kestabilan dan keamanan negara,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Polis/Ketua Polis/Komander dan Komandan di Maktab Polis Diraja Malaysia Cheras, di sini, sebentar tadi.
Bagaimanapun, katanya, anggota polis yang terbabit dalam kes jenayah seumpama itu hanya sebilangan kecil berbanding jumlah anggota PDRM keseluruhannya.
-BH
Sumber : greenboc.blogspot.com


























