Bagi mereka yang tidak tahu berapa cukai bagi sesebuah kereta di negara kita, ini ada satu sumber dari blog amenoworld yang menunjukkan potongan cukai untuk rakyat LUAR NEGARA di bawah program Malaysia My 2nd Home. Sebuah Honda Civic hanya berharga RM80K tanpa cukai dan cukai kerajaan sebanyak RM44,727.90 menyebabkan harga jualannya mencanak kepada RM124,800 tanpa insuran. Sebelum ini rakan admin ada membeli sebuah Civic dengan harga tanpa cukai di bawah program panggilan pulang pakar luar negara. Memang admin rasa inilah harga tanpa cukai kereta-kereta tersebut. Logik kah cukai sebanyak ini dikenakan pada rakyat Malaysia yang rata-rata mempunyai pendapatan yang rendah?
Seperti admin nyatakan sebelum ini, jika diberikan option harga minyak dengan harga kereta, pasti admin memilih harga minyak mahal dan kereta murah kerana jika minyak mahal kita boleh merancang perlajanan kita untuk mengurangkan penggunaan minyak manakala jika harga kereta mahal, kita terikat dengan bayaran semula pinjaman yang tinggi seterusnya mengurangkan duit tunai boleh guna. Ini juga boleh menyebabkan kadar hutang isi rumah meningkat akibat ketiadaan wang tunai. Apa pendapat anda?
SUMBER : SEMBANG-AUTO





























Pendapat saya, jangan vote kerajaan.
Sangat sangat “hebat” kerajaan Malaysia~
huhh!
PEMBETULAN,jangan pangkah BN.hehe
gua tak kesah berapa harge kereta…duit gua banyak…korang takyah lah kecoh2….bukan jadi pape pun….rega minyak..kete pun mcm tu jugak….susah sgt naik beskal ke…bas ke…jalan kaki ke..
klau ko vote pembangkang pon harge xturun bro.. lagi truk negara nie adelah.. ape punya pemikiran…
takpe, kita bagi pembangkang memerintah dahulu, kalau tak bagus, tukar balik..
Pembangkang X Berjasa apa2 pon dkt Malaysia…Jahanan Mereka Perintah Nanti…Senang ja ko nk tukar2
apa salahnya tukar….tengok dulu macam mana pembangkang memimpin….bagi peluang mereka pegg negara selama 5tahun…dari situ kita leh menilai…xsalahkan mencari perubahan, mencari yang lebih baik….
selagi kita xtukar, selagi itu kita ditipu.
kalo kena tipu lagi, kita tukar lagi.
apa yang penting? kita sokong orang yang benar.
tp kalau dah tkr…5thn kita di bwh jajahan yg belum tau kelebihan nya. memporak porandakan malaysia lg lah ada.
ni hanya pemikiran orang yang takut menerima perubahan….takut sangt untuk berubah sehinggakan rela terus diperkotak-katikkan tanpa mahu bangkit berjuang untuk memperjuangkan hak…..
Pembangkang x berjasa sebab tak diberi peluang utk buat jasa… Negeri Selangor, Pulau Pinang & Kedah x jahanam pun… baguih lagi dok ada… Kalau mereka boleh offer peluang kehidupan yg lebih baik untuk rakyat apa salahnya utk mencuba… belum diberi peluang utk mentadbir negara sudah dimomok2 akan menjahanamkan negara… negatif sungguh fikiran…
Ye la… soalnya siapa yg jadi pm lepas diaorang berkuasa… sekarang tak berkuasa penuh lagi, memang la semuanya seakan2 ok.
pale otak kau pembangkang x berjasa..klo pembangkang x brjasa kau x dpt merasa brim broom vromm…klo pembangkang x kuat kt parlimen kau leh rasa sume 2..bodoh pnye pemikiran!!..tgk je 4 negeri yg ditadbir pembangkang sume mndpat pujian ketua audit negara
betul
saya akan undi pembangkang,sejak selangor dah ambik alih oleh pembangkang,sekurangnya dapat jugak tangkap khirtoyo berapa banyak harta dia,,bukan duit rakyat ke tu?,,,kalau pembangkang ambik putra jaya,habis bongkar rahsia najib,,
Cukai, cukai jugak..
Hak kerajaan..
Tapi jangan de org yg gunakn wang kerajaan tu untuk kepentingan diri sendiri dh la… lagi2 ahli Politik…
aku.. sokongg ko.. kerajaan punya cukai kerajaan lah jangan lah nak ambil duit tu masuk poket sendiri… kalau dah ada menteri boleh belikan rumah kat sekandal 3.3 juta tu mana dapat duit.. kalau 3.3 juta tu bahagikan kat rakyat kan ada faedahnyaaa
kerajaan ambik cukai tinggi untuk kepentingan rakyat,
kan najib da buat BR1M…
ade org kaya nk derma duit untk rakyat miskin?
tak ade kn…
sebab itulah kerajaan ambik cukai tinggi utk bantu rakyat…..
tak payah la kita nk bertekak kt sini….improve urself n build ur own empire….that is the right way
cukai mahal untuk kereta import.
sebab nak galak rakyat beli kereta proton, perodua..
kalau harga kereta import mahal..macam mana kereta nasional nak bersaing di negara sendiri…kereta macam mana bagus pun, kalau made in malaysia..ade je yg nak condemn..Kat asia tenggara, Malaysia je yg produce kereta sendiri.
At least dr segi automotif, kita dah boleh bersaing dgn negara asia lain mcm jepun (honda) dan korea (hyundai). Even singapore pun takde..
bijak tak dr mahathir buat polisi mcm tu?
biar aku jawabkan : BIJAK.
Mmg la bijak langkah Dr M tu.. Tp bro try la pikir, Waja Malaysia dengan Waja oversea jauh beza der.. Harga pon lebih kurang ja.. Ini macam bagus ka? orang luar dapat lebih, orang Malaysia dapat kurang.. Proton pilih kasih loooo…. At least kalau nak bg kereta Malaysia bersaing dengan kereta luar jangan la kenakan cukai.. Bersaing la dari segi kualiti
kereta proton berkualiti dan murah kat indonesia,berbanding malaysia,,,cuba fikir,kuliti tak de langsung
typo..kalau harga kereta import *MURAH
Tu dia cukai punya tggi…pesal plak kerajaan nk mansuhkan cukai untuk org luar negara yg nk dtg malaysia?org yg kt malaysia ni cm na?rakyat sendiri tk nk jage…org asing plak yg nk dijaganye…mgkin nk tarik pelabur asing dtg malaysia kot..
cukai mesti di kenakan tapi jumlahnya untuk kereta buatan sendiri mcm proton patut di kurangkan dari 64% ke 40% saja atau se minima yg boleh dgn cara ini ramai rakyat akan pakai kereta tempatan.
Untuk kereta impot x menjadi masalah kepada pembeli sbbmereka org2 kaya raya, sesuai di kenakan cukai tinggi.
point kat sini, cukai terlalu TINGGI .smp 300% cukai ha, gile ke apa ? agak2 weh kerajaan . adoiii, galakan rakyat beli kereta tempatan tp mahal nak mampus sbb cukai terlalu TINGGI , macam mane ni ?
undilah bn lg kalu nak hdup susah lg,bn=brg naik.singapura dh lama maju tnpa rasuah dn pemimpin yg bijaksana.sedarlah drpada tidur wahai penyokong umngok yg telah enyusahkan smua rakyat malaysia melalui undian anda dulu
kalau org mcm ko kat singapore dah lama kena penjara/hukum tau tak?s
untuk warga asing, diberi diskaun? wahh! ‘bijak’nya pemimpin bn.
kalau VIP beli kereta, diorang tak dikenakan cukai.
warga asing dan VIP xbayar cukai, so sapa yang kena bayar?……..RAKYAT BIASA!! cukai import plak melampau tingginya.
salah satu sebabnya ialah untuk melindungi proton. ‘pandai’nya tun mahathir. tapi apa yang proton dah buat untuk rakyat? ……………………jual kereta proton ke luar negara dgn harga lebih rendah dan kualiti lebih tinggi.
apa rakyat malaysia dapat?………….kereta proton lebih mahal tapi kualiti lebih rendah.
hmm…aku xsokong pemimpin yang xammanah dan korup.
duniawi oh duniawi. di akhirat sana akan diadili…..la tahzan..
Setuju dgn admin…x patut tax sebanyak ni!!
kita paham kerajaan dpt sumber drpd tax, tp ape yg patut adalah:
1. tax yg tinggi tu korang kenr ingat!! Bukan setakat kereta yg tinggi…segala benda yg masok dlm negara dikenakan tax yg amat tinggi…cth segala jenis mesin dlm industri tidak kira dlm industri pertanian, iks, perladangan,makanan sehinggakan kesihatan….
Apa yg aku risau, bila kos pengeluaran dah menjadi lebih tinggi drpd import, akhir rakyat malaysia menjadi malas dan give up utk hasilkan produk sendiri(perkara ini hanya dpr difahami dgn baik bg business man)…
Pd tahap yg lagi teruk (akan sampai nanti masanya…) apabila kebergantungan kita dgn produk luar terlalu tinggi..ia akan menjadi isu keselamatan kepda negara…korang tgk jerlah sbgai contoh…cili padi yg simple pon kiya import dr thailand…bila thai banjir harga cili melonjak sampai rm16…kalau.sebelom ni harga dlm rm9 jer…beras jugak naik terkesan..skang gomen nak impot dr vietnam plak…yg dpt untung sape? Dah tentu kroni yg dpt lesen import beras..
Aku malas nak sambung pasal ni…korang pikirlah sendiri…
Tp yg lagi penting aku nak korang pikirkan….
Apabila business man tertekan dgn kos operasi yg tinggi..maka diaorg xkan kembangkan business diaorg….tau ape akibatnya??? Domino affect akan berlaku disitu…maka peluang pekerjaan baru tidak akan wujud…sedangkan setiap 6 bulan uitm menhasilkan hampir 2000 graduan akauntan (sbg cth..) habis tu blom lg ipta dan ipts lain…mana diaorg nak keje? Korang pernah x terpikir sampai mcm ni…aku ckp pasal aku sayangkan malaysia…
Kalau koranh x percaya…tanyalah graduan sekarang….senang x cari keje..
Cuba korang tgk thailand sbg cth….aku xnak banding dgn singapore yg lagi hebat tuh….
Thailand sebagai negara membangun…apa yg kerajaan fia buat adalah cuba menjafikan kos operasi yg rendah bg pengeluar…akhirnya korang tgk thailand…ape jer yg x murah…drpd harga spender(underpant), makanan,pakaian,spare part kete, tempat tinggal(bukan hotel lah..)…hinggalah ‘amoi’ yg mmg menjadi pilihan rakyat malaysia yg idung n
belang…semuanya murah!!!
pelik tak? mcmana kerajaan dia dpt memerintah…dahlah xder sumber minyak mcm malaysia…itupon highway dr bkt kayu itam sampai bangkok (»1500km) xder tol!!!
Sambungan komen aku:
2. Aku paham…tax adalah sumber utk pembangunan..tp korang tgk mcmana kerajaan yg merintah malaysia 50thn dah buat utk kita…
Kerajaan terlalu boros berbelanja…sbg cth…projek PKFZ, kos tanah yg awalnya 50juta..tp dijual kpd kerajaan dgn harga 1 billion!!!…(kes dato ling leong sik)..beli kapal selam komisyen 500juta(razak baginda….dan saksi dibunuh dgn bom C5…buat istana agong baru (asal rm400juta.. final rm800juta)..then robohkan istana lama yg bersejarah..dan jual tanah kpd pemaju…padahal diengland istana buchingham tu dah beratus thn…x plak diroboh..
Buat klia2….asal 2.1billion, now jadi 4bilion!!..projek lembu rm250juta..tp beli banglo 2biji kat bangsar(»10juta), tanah lot kat p’jaya (2lot rm1juta++) dan beli mercsdes(rm500k++)…
Adoii lah…ni aku citer hanya yg aku baca dlm paper or ada perbahasan dlm kabinet…aku x citer lagi yg lain2 yg dtg dr mulut rakyat jelata…yg aku pasti lg hodoh bunyinya….
Akhirnya………sehingga kini kerajaan yg berjaya memerintah malaysia selama 50 thn berjaya memgumpulkan hutang negara sebanyak rm500juta!! (setengah trillion)…aku harap korang berbangga dgn kejayaan ini…iskk iskk…
Baru2 ni plak…bagi bantuan rm100 (rasuah pru13..he he)…claim kat rakyat, kerajaan prihatin!!!! aku harap korang semua tolak bantuan ni!!!!
Apsal plak?? Sebabnya duit tu adalah hutang!!! Kerajaan BN buat hutang then bg kat korang…then kata mereka prihatin..sedangkan budget thn depan dah defisit!!!…then tambah lagi hutang(defisit)!!! Sape nak byr???? Tax payer lah jwbnya!!!!
Korang tau tak??????? Thn 2011 kerajaan singapura bg $1000 sing dolar pada semua ketua keluarga dlm singapura tau!!!!! Bukan seratus hinggit!!!! Tau tak kenapa???? Pasal budget negara dia ada surplus(lebihan) lebih $6billion sing dollar!!!!(sila search kat internet kalau x percaya!!). Tuuuuu baru betol nak bg rakyat duit….kita plak,gali lubang..tutup lobang…
kalo sbb kete pn smpai nk tukr krjaan, pe kes..bangang ke pe..slama ni BN xdak bw kemajuan lgsg ke kt MALAYSIA..kalo BN xdak bw kemajuan pd negara kita ni, ye la nk ckp X PAYAH PANGKAH BN..bodoh..ni tak, sbb kete pnye pasal, nk tukr krjn..jauh beza kete ngan krjn..balik sekolah la lu..bljr blik pemahaman..kang kalo btol2 da tukr jap g, mula lak merana nak BN balik..hak tuih..
memang le nampak BN/UMNGOK je bwak kemajuan sbb diorang dr dulu mmerintah..cuba bagi pembangkang merintah sure pasni nampak pmbangkang lak bwk kmajuan..kalo pmbangkang xde bwk kmajuan 5thun lg xyah la undi diorg lg..pe susah..adoi..takut nau nk cuba prkara baru..ni jenis manusia mcm katak bwh tempurung..tetek ngn kotey je besau..hahaha
tu kotey bang..bukan tetek..tetek tu mak dia punya..besauu…hihi
kenakan cukai kepada pendatang asing…. itu lebih baik.kurangkan cukai untuk rakyat tempatan. jgn m’anak tirikan rakyat sdri.
elok la kete jual mahal….klo kete jual murah,budak skolah pn nti da ley pkai kete da g skolah….blagak nau….
lg 1….slalu jadi isu,hrge kete mahal…tp aku nengok,ramai je yg pakai kete….jalan siap jem berjam2 lagi….penuh kete kt jalan…
klo kete murah….sume pakai kete…..habis laaaaa…..jalan kat kampung pn bley jem trok…..hahahahahahahahaha…..
Aku suka harga kereta mahal…
Baru tak ramai org bawak keta atas jalan..
Toll pun tak banyak boleh kutip,
jalan pun tak jem tak rosak,
xcident pun kurang…
pencemaran kurang…
banyak kebaikan jika ramai org tak mampu beli kereta..
he he he .JOM GADUH!!!!
Salam sejahtera,
Saya Cik Lily, broker kereta import, mahu memberi tuan/puan peluang mendapatkan kereta import yang lebih MURAH. Jika berminat, boleh lah anda melawat website saya untuk mendapatkan Harga, Tahun, Model, cc terkini. Segala pertanyaan boleh buat di situ. Saya sentiasa SEGERA dalam menjawab apa-apa pertanyaan dari pihak tuan. Terima kasih.
BARU
RECON
FIRST-HAND
PALING PENTING
LEBIH MURAH….. di sini: klik NAMA SAYA.
Sekian terima kasih.
Sokong oon!!! Sila baca comment dia..
org nk bg harga muroh pun xnk lg..memang takut dgn bayang2 sendiri.dh 55 tahun pegang xkan xpuas lg menyeksa rakyat.rakyat makin susah kera jaan makin buncit sedut kekayaan negara.