Ad 240x90

PILIHAN TERTINGGI



Ghaddar ledak hatrik

GHADDAR (tengah) dihalang dua pemain Arema FC dalam saingan Piala AFC di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Terengganu turut menang ke atas Tampines Rovers

BERITA penggantungan dua tahun enam bulan ke atas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa tidak menjejaskan rentak cemerlang The Red Warriors apabila mudah mengatasi kelab Indonesia, Arema FC 3-0 dalam saingan Piala AFC di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi. Sebaik wisel bermula, tuan rumah bagaikan tidak mahu terus dihukum dan dilihat terus melancarkan serangan ke kubu pertahanan lawan menerusi penyerang yang diketuai tonggak import, Mohammed Ghaddar.

Bagaimanapun, pada minit ke-24 usaha Kelantan membuahkan hasil apabila Ghaddar kembali menemui sentuhan jaringan apabila berjaya meletakkan pasukannya di depan selepas bijak merampas bola daripada kaki salah seorang pemain pertahanan lawan.

Tiga minit bersambung babak kedua, penyerang import dari Lubnan itu kembali meledak gol buat pasukannya menerusi tandukan selepas menerima hantaran cantik sepakan sudut kapten pasukan, Mohd Badhri Radzi dari sebelah kanan pintu gol pelawat.

Pada minit ke-90, Ghaddar membuktikan kredibilitinya sebagai penyerang berbisa untuk mencipta hatrik dan menghadiahkan kemenangan selesa 3-0 kepada pasukannya sekali gus melonjakkan Kelantan ke tangga ketiga kumpulan H dengan empat mata.

Di Stadium Jalan Besar, Singapura, satu lagi aksi wakil negara, Terengganu mencatat kemenangan kedua mereka dalam kumpulan F musim ini apabila menang tipis, 1-0 ke atas pasukan tuan rumah, Tampines Rovers.
Walaupun dilihat sedikit sukar untuk bermain diatas permukaan rumput tiruan namun skuad Peteh berada di kelasnya tersendiri untuk memperolehi gol kemenangan menerusi pemain tengah, Joseph Kalang Tie pada minit ke-4.

www.bharian.com.my

Apa komen anda? [Facebook Comments]

Leave a comment

Switch to our mobile site