Melalui PhotoPin, ia membolehkan para pengguna membuat carian gambar berkualiti tinggi sahaja yang dilesenkan dibawah akta Creative Commons, sekaligus membolehkan anda menggunakan gambar-gambar tersebut pada kandungan,blog mahupun artikel anda dengan lebih mudah, dan tentunya dengan menyertakan pautan kredit kepada pemilik gambar tersebut.
Laman PhotoPin juga hanya menyediakan gambar-gambar yang bertaraf High Resolution ataupun High Definition (HD).Jadi ia amat sesuai untuk digunakan oleh para blogger yang menginginkan gambar disertakan dalam setiap artikel mereka agar tampak lebih kemas dan cantik serta dapat menarik lebih ramai pembaca untuk membaca kandungan blog mereka.Terutamanya blogger-blogger islamik yang menginginkan gambar-gambar alam semulajadi dan gambar yang berunsurkan islamik serta gambar yang mempunyai ciri-ciri budaya dan fizikal bagi menggambarkan bertapa hebatnya kekuasaan Allah SWT.

Tidakkah engkau MELIHAT bahawa Allah telah menurunkan hujan dari langit, lalu menjadilah bumi ini hijau subur (dengan sebabnya)? Sesungguhnya Allah Maha Halus serta lemah-lembut (urusan tadbirNya), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya (akan hal-ehwal sekalian makhlukNya).
(Al-Hajj 22:63)
Bagi mereka yang berminat dalam mendapatkan gambar-gambar yang beresolusi tinggi berlesenkan Creative Commons untuk digunakan dalam kandungan mahupun blog atau laman web, anda boleh menjenguk laman PhotoPin.Ingatlah bahawa “Gambar Menceritakan Lebih Dari Tulisan”
Anda boleh mengunjungi laman PhotoPin di http://photopin.com/ dan laman Facebook Photo Pin dihttps://www.facebook.com/photopin
By: Adi




















