GUA MUSANG: “Pada mulanya saya dengar ayam hutan berkokok lalu bergegas ke arah bunyi itu untuk memasang jerat bagi menangkap ayam hutan.
“Bagaimanapun, bukan ayam hutan, tetapi tengkorak dan tulang serta rangka motosikal yang dibakar,” kata Yusoff Mohd Nor, 26, pekerja kontrak ladang sawit yang menemui tengkorak dan tulang milik Nor Ain Shafnie Mohd Azizi, 16.
Menurut Yusoff, sebelum menemui tengkorak dan tulang itu, dia sedang mengangkut sawit menggunakan sebuah lori kecil bersama abangnya, Mohd Sulatri, 26.
“Selepas menemui ‘benda’ mengejutkan itu, saya membatalkan hasrat memasang jerat dan segera kembali ke lori untuk memaklumkan penemuan berkenaan kepada abang.
“Kami pergi semula ke tempat tengkorak dan tulang serta rangka motosikal itu dan abang saya mengesyaki ia adalah tengkorak dan tulang manusia,” katanya.
Yusoff berkata, dia dan abangnya segera pulang ke rumah mereka di RKT Kesedar Jeram Tekoh di sini, untuk memaklumkan penemuan itu.
Hmetro








![[Gambar] Benda Hidup Yang Pelik](http://www.gilerkentang.com/wp-content/uploads/2012/04/zombie-fungus-infects-insects-mind-control-ant-infected_32848_600x450-150x150.jpg)



![DSC_0087[1]](http://www.gilerkentang.com/wp-content/uploads/2012/09/DSC_00871-150x150.jpg)













