LOS ANGELES, 16 JAN 2008: Salah satu azam Britney untuk 2008 adalah cuba berbaik-baik dangan golongan paparazzi. Britney yang menjadi perhatian setiap paparazzi sepanjang tahun 2007 kerana sikapnya yang liar dan tidak terkawal itu, sudah membuat keputusan untuk berkawan dengan seorang paparazzi bernama Adnan Ghalib kelahiran Maghribi.
Apakah motif sebenar Britney?
Baru-baru ini, kerana terlalu taksubkan jejaka berkenaan, Britney yang baru kembali dari bercuti di Mexico dengan lelaki itu, didapati memakai baju kahwin yang pernah dipakainya pada 2004 ketika pernikahannya bersama bekas suaminya, Kevin Federline (K.Fed).

























