Ad 240x90

PILIHAN TERTINGGI



Audi cipta hon khas di India

PENGELUAR kereta Jerman, Audi membangunkan hon istimewa untuk kenderaan dijual di India, di mana pemandu negara itu sentiasa membunyikan hon berebut laluan dalam keadaan trafik teruk.

“Jelas sekali untuk India, hon perlu dibangunkan dalam kategorinya tersendiri,” kata Pengarah Audi India kepada akhbar tempatan, Mint.

“Jika menggunakan hon untuk Eropah (di India) ia akan rosak dalam tempoh seminggu atau dua minggu. Di mana, di Mumbai penggunaan seminggu adalah sama dengan purata setahun di Jerman,” kata Perschke.

Beliau berkata, hon itu dibangunkan sesuai keadaan pemanduan di India, iaitu pasaran berkembang pesat di mana Audi antara jenama kereta asing bersaing bagi merebut pasaran pelanggan kaya yang semakin meningkat di negara itu.

“Hon ini diuji dengan cara berbeza, iaitu penggunaan berterusan selama dua minggu, kaedah penetapan yang berbeza dan berlainan pembekal,” katanya.
Beliau menambah ramai pemilik Audi di India ada pemandu peribadi dengan hiasan dalaman kereta direka semula bagi membolehkan pemiliknya memberikan arahan dari tempat duduk belakang.

www.bharian.com.my

Apa komen anda? [Facebook Comments]

Leave a comment

Switch to our mobile site