Tidak dapat dinafikan bahawa rekaan di bawah ini memang kreatif belaka. tapi agak pelik dan kurang mendapat sambutan. kenapa agaknya??
1. T-shirt Grid penggaru belakang – baju ini direka bagi memudahkan orang untuk menggaru belakang mereka dengan bantuan rakan. dengan cara ini, si penggaru akan mudah untuk tahu di mana lokasi sebenar badan yang gatal itu. Ianya satu idea yang bijak, tapi selalu ke badan korang gatal-gatal??
2. Glove kapel – glove ini memang direka untuk pasangan kapel berpegangan tangan terutamanya musim sejuk. kalau kat malaysia ni mungkin tidak dibenarkan dijual sebab akan menjurus ke arah maksiat dok pegang-pegang tangan bukan muhrim. sebab kat malaysia mana ada winter, kalau laki bini nak pegang tangan, pegang jela, dah halal kan. so siapa yang akan beli agaknya???
3. Selipar penyapu dan penyodok – Ini khas untuk surirumah yang gemar membersihkan rumah dari sampah sarap. ada manusia yang pantang nampak sampah kat rumah mereka, selipar ini akan membantu untuk membersihkan rumah dengan hanya berjalan. tapi bayangkan kalau sampah dah penuh kat dalam penyodok tu, apa gaya jalan agaknya si pemakai ini akan gunakan untuk pastikan sampah-sampah tu tak terjatuh balik??? ye. agak sukar!
4. Topi toilet roll – bagi mereka yang selesema, ini mungkin akan membantu anda. untuk mereka yang kerap buang air besar dan memerlukan tisu juga boleh gunakan alat ini. tapi anda harus menerima hakikat bahawa satu hari itu anda mungkin tidak akan ada rakan. kepada penunggang motosikal, aksi ini tidak digalakkan kerana ia tetap tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak memakai helmet. memang pelik…
5. Pengantung gelas – kepada mereka yang malas nak pegang cawan setiap masa, anda boleh gunakan pengantung ini untuk mengantung cawan anda di leher. jadi kalau haus boleh minum gitu ja.. tapi jangan baring, nanti tak pasal-pasal basah satu muka. ianya kreatif, tapi masih lagi satu rekaan pelik yang kurang diterima masyarakat.
Kalau anda rasa rekaan ini sangat kreatif dan berguna untuk kehidupan anda, silakan buat sendiri sebab kalau nak beli tak tentu ada jual.






























