Ad 240x90

PILIHAN TERTINGGI



AC Milan Ada Ramuan Rahsia Sekat Barcelona

AC Milan memberi gambaran bagaimana layanan yang bakal menanti Barcelona apabila penyandang juara itu berkunjung ke San Siro untuk perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara, awal pagi esok.
“Sama ada bertahan dan cuba melakukan serangan balas, di mana ianya sukar, atau anda buat seperti apa yang kami lakukan dalam peringkat kumpulan di laman sendiri, tetapi kami melakukan beberapa kesilapan,” kata pengendali Milan, Massimiliano Allegri.

Allegri berkata, dia lebih gemar pendekatan positif dalam permainan berbanding sistem bertahan yang konservatif. Dia dijangka menyandarkan lebih harapan kepada barisan penyerangnya berbanding pertahanan apabila berdepan Barca.

Kedua-dua pasukan itu bertemu dalam peringkat kumpulan awal musim ini dan walaupun perbezaan jaringan tipis, Barca lebih menguasai permainan ketika seri 2-2 di Sepanyol dan kemenangan 3-2 di Itali.
Daripada perlawanan berkenaan, terbukti Barca tidak kebal sekiranya lawan menggunakan strategi menyerang. Dengan Robinho dan Maxi Lopez kembali berlatih selepas kecederaan, dan bergandingan dengan Zlatan Ibrahimovic di barisan depan, jentera serangan Milan tampak lebih meyakinkan.
Begitupun, benteng Milan sedikit tercalar apabila bek tengah, Thigo Silva terpaksa diketepikan kerana kecederaan hamstring kedua-dua belah kakinya. “Saya bersimpati dengan Silva, ini satu kehilangan besar tetapi kami terpaksa meneruskan perjuangan,” kata kapten Milan, Massimo Ambrosini.
“Barcelona adalah pasukan terbaik dunia tetapi anda tidak perlu menjadi ahli nujum untuk mengetahuinya. Mereka melakar sejarah baru dalam bola sepak tetapi ia juga perangsang yang baik untuk berdepan mereka.”

Barca juga berdepan masalah apabila kehilangan bek tengah Perancis, Eric Abidal dan penyerang Sepanyol, David Villa, tetapi masalah itu terlalu kecil buat skuad kendalian Pep Guardiola yang dibarisi pemain bintang termasuk Lionel Messi yang baru saja muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab itu. – AFP

SUMBER : SUKANMALAYA.NET

Apa komen anda? [Facebook Comments]

Leave a comment

Switch to our mobile site